Story of my Life




IT'S ME IDOLA KEGEMARAN TEATER KELUARGA SAHABAT PERLIS
My Favourite Anime
Saturday, 16 November 2013 • 07:15 • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!

SLAM DUNK.....memang anime yang aku paling minat. sampai watak hanamichi sakuragi tu boleh dibawak sampai ke mimpi....huhuhuh. memang suka layan citer nih sebab watak hanamichi yang bengap nak mampos tu tapi sangat berusaha untuk belajr tentang bola kerajang. aku pun sebenarnya tak tahu sangat apa itu bola keranjang tapi bleh ja layan citer ni sebab watak-watak dier kelakar dan menarik. eheheh....watak dalam anime ni yang aku paling suka ofcourse la hanamichi sakuragi. selain tu aku minat watak mitsui....dier tenang ja tapi waktu dia nak hampeh sengal gak mamat ni. then aku minat watak sendoh.... sendoh ni cam blur-blur skit watak dia ahahaha....tapi cool giler kot. watak kaede tu pun ok cuma tak berapa berkenan sebab terlalu control macho....ehehehhe. si gorilla (akagi) plak camno?? huhuhhuh......nehi !!!


DETECTIVE CONAN......aku tak pernah layan komik dia pun sebab tak pernah beli. tapi aku selalu layan citer ni kat tv.... rasa seronok bila tengok conan selesaikan setiap masalah jenayah yang ada. sapa yang suka siri penyiasatan suka la citer cam conan nih.... tapi seriously memang menarik sebab setiap kes yang disiasat susah nak diteka siapa penjenayahnya. Kenkadang tu ingatkan orang ni yang jahat suddenly orang lain plak yang jahat. huhuhu menarik......!!


HAGEMARU........Mama,mama....saya pun nak macam kondo...!! ahahaha kelakar siot citer hagemaru nih. dulu aku ingat sinchan la kartun paling kelakar tapi rupanya ada lagi yang kelakor... ehehehe. mana tak sakit perut nengok si hagemaru ngan family dia yang sangat pelik dan kedekut tahap gaban nih.... dah tu watak dier memang leh wat orang gelak. ada jer perangai pelik yang dibuat diorang sekeluarga nih


CRAYON SHIN CHAN.......huhuhu.....dah besar-besar gini pun aku masih leh layan sinchan sebab suka nengok gelagat dier. dan kat umah aku manyak giler komik sinchan ehehhe.... tapi kan manyak gak orang cakap kalau biar anak-anak melayan sinchan nih, bimbang takut anak-anak buat perkara tak senonoh macam sinchan buat tu (pakai baju dalam kat muka tuk wat topeng ehehehe....) tapi bagi aku la kalau mak bapak pandai kawal dan bleh explain dan bagi nasihat yang ok watpa nak takut....kalau bebudak tu suka nengok sinchan biar la.... kalau disekat kang memberontak plak diorang. apapun, aku yang dah tua ni pun masih suka sinchan apatah lagi bebudak eheheh.......



MIDORI NO HIBI......What will you do if your right hand turn into a cute little girl who is your secret admirer.....intersting kan?? memang menarik. memula sangkut dengan komik midori no hibi ni ialah bila aku start baca siri ni kat komik kreko. then bila baca asa cam seronok dan mula ikuti. pastu bila dah abis siri komik ni kat kreko try cari versi anime sebab selalunya live action anime is better than comic kan.... ya its true memang versi anime lebih best daripada manganya. eheheh.....seronok tengok midori cuba wat shinji jatuh cinta dengan dia dan sentiasa berusaha untuk tak menyusahkan shinji...romantik tu....huhuhu



JOJO BIZARRE ADVENTURE.....anime ni mungkin xdala pemes sangat....mungkin xda orang tau pun....tapi sapa yang ikut crita ni dari awal sampai abis tahu la betapa bestnyer anime nih....perjalanan atau pengembaraan jyotaro, datuknya joseph joestar dan kengkawan dia polnaref, abdul, kakyoin and iggi mencari penawar tuk ibunya yang sakit kerana buatan dio....si pontianak yang sejak turun-temurun lagi membenci keturunan joestar nih....so sepanjang perjalanan tu manyak la depa jumpa pelbagai kroni dio. masa time PS1 dulu aku addicted gila kot kat game dia.....kira kalau aku lawan ngan adik-adik aku game ni memang aku la champion. diorang tak leh menang punya ngan aku....hahahha



FRUIT BASKET......Suka nengok fruit basket nih sebab kartunnyer yang kaawwaaaiii.....(comel)citer ni ada kaitan ngan zodiak....al-kisahnya seluruh keluarga sohma ni telah disumpah menjadi 12 zodiak cina.....sejak turun temurun lagi sesiapa yang berdarah sohma akan bertukar menjadi binatang zodiak kalau bersentuhan dengan pompuan. then satu hari mai la sowang pompuan bernama tohru honda yang ngah kesempitan wang dan dipelawa untuk menjadi orang gaji kat umah keluarga sohma ni....bila dia dok kat rumah keluarga sohma ni dia dapat tau la pasal sumpahan ni........tapi baguihnya si tohru ni tak plak dia freak out bila lelaki pujaan dia bertukar jadi tikuih depan mata dia.....kalau aku la mau aku sentap siot hahaha....



DORAEMON.......dari kecik sampai besar aku tak pernah lagi la rasa jemu melayan kartun doraemon ni. Bagi aku pelukis dia ni memang totally genius dan out of the box punya pemikiran. Karekter Doraemon,Nobita,Sizuka,Giant dan Suneo ni bebetul digarap dekat ngan kanak-kanak. Tabik spring ar disitu. Dengan kartun doraemon ni juga lah yang membuatkan aku makin menggedik na melawat jepun dan mempelajari budaya hidup orang jepun.


DRAGON BALL Z.......anime dragon ball ni ada banyak siri kan? tapi yang aku paling suka adalah dragon ball z. zaman son goku time dia kecik2 tuh aku tak brapa minat sangat. maybe time tu aku budak skolah lagi tak brapa tau apa sangat. Bila mai tang dragon ball z ni baru aku melekat ngan dragon ball. dulu ni siap beli komik nih tetiap bulan.....tapi sayang suma komik dragon ball aku lencun sebab banjir isk isk isk.......Karekter dia ofcourse la suma besh kan tapi honestly aku lebih suka watak Bezita berbanding watak Son Goku hahaha.....memang spesies aku la kot lebih berkenan kat watak jahat berbanding watak hero (tapi pastu bezita jadi baik ar.....so kira dia tak jahat la kan)
SYUKRAN JAZILAN!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POSTNEWER POST
Bonjours ♥
Thank for coming


Welcome

Assalamualaikum semua !! Welcome to My world...A world where i just being myself and share my tought towards others.

Talkboard ♥
Leave your footprint here

<

My Friends ♥
Thank for following me^^