Human : Pelik binti ajaib Still Young? : Yes! When your birthday? : 1000000 Hobby : Tweeting Occupation : Want to be Flying Dutchman Like : Chocolate, ice cream, candy and everything that taste sweet. Yummy:p Dislike : Copydog, enemy, who call me with a dirty nickname and everything i hate. Lol Love : Family, Friend, Boyfriend, and my ex Kind of? : Simple and friendly Do you like this blogskin? : Honestly. I very like this skin:*
Use your own word! Hehe
Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Artis Kini.....
Hari Ini 1 Febuari 2011. Aku habiskan masa dengan melayari internet dan menonton laman You Tube. Apa yang menarik perhatianku ialah apabila menonton kembali komen-komen artis di laman itu ketika menerima anugerah serta memberi pendapat atau komen mengenai sesuatu isu. Kebanyakan daripada mereka gemar menggunakan bahasa inggeris berbanding bahasa kebangsaan itu sendiri. Rancangan Melodi contohnya, artis-artis yang memberi komen kebanyakannya tidak menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan banyak di antara mereka menggunakan ' I ' bagi mewakili kata ganti diri untuk diri mereka. Ada juga di antara mereka yang memilih untuk menggunakan bahasa inggeris seratus peratus.
Kebanyakan daripada mereka bercakap menggunakan bahasa campuran dengan penukaran kod (code switching) semasa diberi peluang untuk berucap selepas memenangi anugerah. Di manakah letaknya martabat bahasa Melayu dalam kalangan mereka yang seolah-olah majlis tersebut berlangsung di luar Malaysia? Tiz Zaqyah yang menerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular umpamanya, telah berucap hampir sepenuhnya dalam bahasa Inggeris sehingga pelakon Rosyam Nor dengan sinis menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu untuk penonton.
Persoalannya, hilangkah populariti mereka jika bercakap menggunakan bahasa Melayu? Contohilah artis-artis tersohor yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu kerana mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya orang Melayu, malah ada kalangan artis bukan Melayu yang cuba bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Mereka tetap popular tanpa sebarang kontroversi, bak kata pepatah ‘Ular menyusur akar takkan hilang bisanya’.
Mengapa artis-artis kita tidak mahu menjadi artis-artis negara Jepun, Perancis, China yang sekiranya mendapat anugerah baik di dalam atau di luar negara mereka bangga untuk menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Biarlah orang lain tidak paham asalkan itu bahasa mereka dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembangkannya.
Untuk itu maka teringatlah kita alkisah seorang artis yang bagi aku tidaklah ‘tersohor’ sangat menyatakan “I sound, like stupid, if I speak Malay, so I’ll speak English”. Walhal bahasa Inggerisnya itu bukannya bagus sangat pun.....

0 Comments:
Post a Comment