Human : Pelik binti ajaib Still Young? : Yes! When your birthday? : 1000000 Hobby : Tweeting Occupation : Want to be Flying Dutchman Like : Chocolate, ice cream, candy and everything that taste sweet. Yummy:p Dislike : Copydog, enemy, who call me with a dirty nickname and everything i hate. Lol Love : Family, Friend, Boyfriend, and my ex Kind of? : Simple and friendly Do you like this blogskin? : Honestly. I very like this skin:*
Aku rasa semua orang mengenali insan di atas ini. M. Nasir. Beliau merupakan seorang seorang penyanyi penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang disegani di Malaysia. Aku sendiri sangat meminati beliau sebagai penyanyi dan pengubah lagu. Aku lebih meminati lagu-lagu beliau berbanding lagu-lagu indie yang digilai para remaja sekarang. Kerana apa? Kerana lagu-lagu beliau mengandungi nilai estetika yang sangat tinggi dan maksud setiap bait katanya sangat mendalam. Tidak ramai penggubah lagu yang berkebolehan dalam mencari bahasa yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam.
Sebagai contoh lagu anak-anak kita. Sebuah lagu yang sangat aku minati dan aku dengari sejak kecil lagi memandangkan ayahku sendiri merupakan peminat M. Nasir. Bait-bait ayat yang digunakan beliau sangat menarik dan memberikan seribu pengertian. Lagu ini juga sebenarnya mengajar anak-anak Melayu untuk menjaga maruah diri dan adab bangsa Melayu itu sendiri. Ayat digunakan ringkas tetapi boleh menjadikan seseorang yang mendengarnya termenung jauh mengenang nasib sebagai anak Melayu.
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban Kesilapan kita Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Order baru politik usang
Anak-anak kitakah yang bermain Di hutan belukar Dengan senapang kayu ubi Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik Dan berpistolan Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita Jangan sampai jadi hamba Jaga-jaga anak kita Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu Fikir Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu
Betapa besarnya impak lagu-lagu M. Nasir terhadap diriku aku teringat yang aku pernah menangis keseorangan ketika di semester satu apabila aku mendengar lagu BONDA oleh beliau. Aku menangis kerana ini kali pertama aku berjauhan dari ibu dan ayahku dan bagi aku, lirik itu amat menyentuh jiwa seorang anak yang sangat rindukan ibunya. Aku yang masih mempunyai ibu masih boleh menangis mengenangkan pengorbanan ibuku membesarkan aku dan berkorbannya dia dengan begitu banyak sekali untuk memastikan aku berjaya di universiti apatah lagi para sahabatku yang telah kehilangan ibu. Bagaimana agaknya reaksi mereka ketika mendengar lagu ini?
Mengapa kanta ini masih berkaca Sedangku telah pun terima di dalam redha Segala kepahitan Pengalaman menjadi penawar Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda Bilakah akan ku kecapi kasturi Penebus maruah Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa Sejuta haruman Kini menjadi penjara jiwa Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda Hari-hariku kini berlalu Bagaikan bahtera Tanpa layar dan kemudi
Bonda Akhirnya terbongkar jua rahsia Tangisan dan gurindam Keramat kasih sayangmu
Bonda Saat dan pertemuan semula Kita kali ini Akan ku abadikan Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda bonda
Aku mengakui kebijaksanaan beliau sebagai seorang yang sangat kreatif dalam berkarya dibantu dengan arwah Loloq yang banyak menghasilkan lirik yang berkualiti tinggi. Beliau merupakan diantara karyawan yang sangat diakui kehebatan dalam berbahasa. Namun kini, tidak ramai penggubah lagu yang sebaik beliau yang mementingkan faktor bahasa dalam berkarya. Malah, lagu-lagu moden sekarang banyak sekali diselitkan unsur lucah, pencampuran bahasa dan pelbagai unsur yang mencemarkan bahasa. Negara amat memerlukan karyawan seperti beliau untuk terus memperjuangkan bahasa menerusi lagu dan muzik.

0 Comments:
Post a Comment