Story of my Life




IT'S ME IDOLA KEGEMARAN TEATER KELUARGA SAHABAT PERLIS
Minyoung Couple.......get married please !!!
Tuesday, 14 October 2014 • 06:25 • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM!


Sapa layan rancangan variety korea tajuk WE GOT MARRIED?? Rasanya ada yang pernah dengar dan ada juga yang tak pernah. Actually rancangan ni da lama.....aku rasa since tahun 2008 kot. Asas rancangan dia ialah Virtual Marriage ataupun perkahwinan maya. Dia akan amik pasangan samada idol ka pelakon ka pelawak ka penyanyi ka untuk hidup as suami isteri dengan pasangan dia selama 6 bulan (ada yang lebih daripada tu) Lepas 6 bulan tu kebanyakannya buat hal masing-masing da and tak peduli sangat pun samada dia pernah kawin dengan pompuan/lelaki tu sebelum tu dalam rancangan ni. Ada yang aku dengar pas rancangan ni lansung tak berhubung (tepon pun tak) padahal dalam rancangan tu kemain lagi romantik. Tapi bukan semua ar......ada juga yang kekal rapat di belakang kamera. And ada juga yang terbawa-bawa virtual marriage ni ke kehidupan sebenar. Sebagai contoh pasangan Jun Jin (shinhwa) dan Lee Si Young.







Mostly rancangan ni banyak amik idol untuk join. Tapi kebelakangan ni dia manyak amik pelakon baru yang mula nak naik. Aku sebelum ni tak berapa nak layan sangat we got married ni sebabnya rasa cam fake sangat hubungan 'suami-isteri' yang diwujudkan tu. Kenkadang personaliti pasangan tu tak sama. Contohnya cam pasangan Lee Joon dan bini maya dia. Aku memang minat giler kat Lee Joon tapi bini dia dalam tu aku tak berkenan. Dia cam tak bleh nak masuk dengan personaliti Joon yang tak berapa matang tu (sebab tu diorang tak kekal lama) Last aku layan We Got Married ni bebetul ialah time Kim Hyun Joong dengan Hwangbo and Nichkhun and Victoria. Dua kapel ni ja yang aku bebetul ikut dan suka. Yang lain tu aku just amik tau gitu-gitu jer. Banyak actualy idol yang join we got married ni cam, Taecyeon, Yonghwa, Hongki, Leeteuk, Kangin, Jo Kwon, Lee Joon, Kwang Hee, Wooyoung, Taemin dan lain-lain ar. So, apa yang membuatkan aku terpikir nak bercakap pasal tajuk ni secara tiba-tiba? Sebabnya, aku da tersangkut.....dan menjadi die hard kepada pasangan NAMGOONG MIN and HONG JIN YOUNG......hahaha.



Comel kan diorang??? Rasa cam sepadan sangat-sangat !! Sapa-sapa yang pernah baca blog aku maybe tau yang aku memang minat giler dengan Min oppa. Aku suka personaliti dan muka dia yang comel tu. Untuk Jin Young plak aku memang tak kenal dia ni sapa. Bila layan we got married ni baru aku tau sapa dia hahaha......Actually da lama da aku tak layan we got married ni since pasangan Nichkhun dan Victoria lagi. And suddenly satu hari tu aku came across one article kat internet ni bagitau yang new WGM couple is Namgoong Min and Hong Jin Young. Aku excited siot.....sebabnya Min oppa ni tak pernah masuk variety show dan aku plak memang minat tahap gaban kat dia pas tengok dia dalam drama Can You Hear My Heart tu. Disebabkan pasangan inilah tetiap minggu aku menghabiskan kuota broadband aku untuk mendownload episode WGM. K meh la aku introduce skit pasal Hong Jin Young dan Min oppa. Jin Young ni seorang penyanyi trot kat korea. Trot ni kira cam lagu tradisional korea ar. Bunyi dia rancak dan selalunya orang2 luar bandar yang suka layan lagu-lagu gini. Suara dia boleh la tahan......bleh cari makan. Tapi pompuan ni walaupun penyanyi trot tapi seksi siot kot. Aku tengok gambar2 dia kat internet kemain seksi. Kalah idol yang muda mudi nuh..........Min oppa plak seorang pelakon yang memang dikenali dengan kemampuan dia untuk bawa watak-watak yang mencabar. Da lama kot dia berlakon, around 15 years cuma last 10 years ja people notice about his talent. Diorang ni kiranya gabungan penyanyi dan pelakon la........



Untuk pasangan ni.....diorang ialah pasangan 30plus. Bermakna lebih berusia dan matang daripada pasangan WGM yang lain. Ni kira satu kelainan juga la sebabnya sebelum ni WGM asyik amik idol ja.....jadi kali ni diorang amik pasangan yang da masuk umo yang sepatutnya depa da boleh kahwin. Aku tak tau kenapa.....maybe sebab aku sendiri kot da berumur.....aku SANGAT berkenan tengok depa dua ni daripada pasangan idol yang lain. Bukan apa......they look more natural and doesn't pretend to show each feeling. Biasala kan, kalau da tua skit ni selalunya lebih matang dan berpengalaman. Aku ada terbaca dalam satu artikel yang si Jin Young ni memang nak mencari cinta melalui WGM. Dia cakap kalau dia dapat cinta melalui rancangan ni, dia tak teragak-agak untuk terus ke alam perkahwinan. Good for you then......



Ok.......firstly kenapa aku suka pasangan Min-young ni berbanding yang lain? Sebab utama for sure la Min oppa !! Hahaha......aku memang layan WGM ni sebab dia pun. Memang aku nak tengok how is his personality kat variety show. And setakat ni memang aku jatuh cinta and tergoda dengan dia.....memang calon suami pilihan !! hahaha......and slowly i begin to like Jin Young. I like her personality. Actually Jin Young dengan Min oppa ni berlainan personaliti. At first they seem awkward toward each other and by time flies, they totally comfortable and suit each other. Min oppa ni lebih sopan, pemalu, innocent, agak lurus juga aku tengok, and paling aku suka cara dia layan dan cakap dengan perempuan. Lembut sangat.....(jatuh cinta sat......) Jin Young plak dia ni lebih aktif, agressif, ceria, loud, outspoken dan agak nakal. 


Masa episode memula WGM ni, nampak Jin Young ni yang lebih mengawal Min oppa. Dan Min oppa plak lebih banyak menurut ja apa yang dia nak. Maybe time ni dia masih nak sesuaikan diri dengan dunia variety la kot. Masa episode memula tuh, nampak juga yang dia still blur but by time he manage to show his true personality. Actually dia tak la sependiam yang aku sangka. Ada a naughty anda dorky side in him. A big applause to Jin Young kerana dapat mengeluarkan Mr Namgoong Min hidden attitude. Trough WGM i get to know more about Min oppa. And i love him even more hahahaa...... kalau korang layan WGM musim ni pun korang kompom akan jatuh cinta dengan dia. Aku berani gigit jari......Sapa tak cair beb kalau suami kita layan kita dengan penuh sopan, tengok kita dengan mata yang penuh kasih sayang, kalau akulah memang tetiap hari aku nak dok dengan dia ja. Tak mau pi sekolah hahaha.......




Ajaibnya tetiap kali aku tengok part pasangan ni kat WGM kan.....aku musti sengih sensorang disebabkan kesweetan diorang ni. Time tu kemain lagila aku berangan kalaulah Min oppa ni laki aku kan besh hahaha.....Dalam WGM ni ada dua lagi pasangan yang jauh lebih muda. Tapi ntah.....aku tak berapa nak berkenan untuk layan part dioarang. Walaupun Min oppa and Jin Young ni an older couple they were awarded ' The Well Build Body Couple' Tengok brand ar bhai..... badan Min oppa ni sememangnya cun......six pack and tinted skin. a sculpture body gitu !! And si Jin Young plak badan dia memang lawa. Meleleh gak ar air liur kalau jantan-jantan tengok huhuhu. Kat WGM ni......Min-young couple ni digelar skinship couple. Sebabnya......diorang merupakan antara kapel yang cepat untuk melakukan skinship sesama sendiri walaupun baru berjumpa. 




















SYUKRAN JAZILAN!

0 Comments:

Post a Comment


OLDER POST
Bonjours ♥
Thank for coming


Welcome

Assalamualaikum semua !! Welcome to My world...A world where i just being myself and share my tought towards others.

Talkboard ♥
Leave your footprint here

<

My Friends ♥
Thank for following me^^